.                  LATAR BELAKANG KAMPUNG SUNGAI PUSU


Kampung Sungai Pusu terletak di Gombak Utara bersebelah dengan Kampus Induk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Rajah 1). Ia mula dibuka pada tahun 1958 oleh Orang Besar Daerah Gombak iaitu YAD Tan Sri Datuk Paduka Raja Haji Wan Mahmud Pa’Wan Teh semasa beliau bertugas sebagai Pegawai Tanah Kuala Lumpur. Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 1960.